Saturday 3 December 2011

Erti Iman

Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) -- yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud:
"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."
Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."
Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."
Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasikmunafik atau kafir.

Percaya kepada Allah

Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa tuhan itu satu (Tauhid). Konsep keesaan Allah ini adalah mutlak, dan tidak relatif kepada apa apa jua yang wujud di dunia ini. Dalam Surah Al-Ikhlas,
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ o لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ o اللَّهُ الصَّمَدُ o قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Surah Al-Ikhlas, Ayat 1-4
"Katalah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu tunggal. Allah tempat meminta. Tidak Dia beranak dan tidak juga Dia diperanakkan. Dan tiada yang serupa denganNya, Dialah Tuhan yang Esa."
Dalam Bahasa Melayu, perkataan Allah sememangnya dikhaskan untuk merujuk Tuhan dalam Islam. Walaubagaimanapun, perkataan Arab Allah boleh diterjemahkan juga kepada perkataan Tuhan kerana Allah bukanlah nama khas untukNya. Ini berbeza dengan Yahudi, kerana nama Yahweh adalah nama khas tuhan mereka. Walaupun tiada imej visual Tuhan atau gambaran mengenaiNya (disebabkan larangan dalam memuja sesuatu), Muslim mendefinisi Tuhan melalui sifat-sifatNya, yang dikenali sebagai 99 nama Allah.
Wajib bagi orang Islam lelaki dan perempuan yang telah baligh dan berakal untuk mengetahui sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil dan sifat jaizNya, yang jumlah kesemuanya ada 41. Sifat-sifat wajib Allah ada dua puluh, sifat-sifat mustahil juga dua puluh dan sifat harus/jaizNya ada satu.
Allah ialah nama bagi Tuhan yang sebenar. Allah yang mencipta seluruh alam dan isinya. Allah yang mengatur dan menjaganya. Allah tidak boleh dilihat, tetapi bukti-bukti sangat banyak untuk menunjukkan pada akal yang waras dan adil bahawa Allah itu wajib ada. Bukan sekadar kita wajib mempercayai bahawa Allah itu ada, bahkan wajib pula kita menyembah NYA.
Untuk hendak mempercayai Allah dan menyembah NYA, manusia wajib mengenal Allah dengan betul. Dan untuk hendak mengenali Allah dengan betul, manusia mestilah mencari dan mengkaji dalil-dalil dari Al Quran, Hadis dan Akal. Jika kita tidak mengenal Allah dengan betul, nescaya akan sesat dan kafirlah kita.


DALIL- DALIL  AQLI



Adanya alam semesta dan makhluk yang beraneka ragam
Adanya firman Allah  ( Wujud Allah )
Adanya sistem yang teratur rapi ( Ciptaan Allah )


Beriman kepada Rububiyah Allah Terhadap Segala Sesuatu


Menyakini Rububiyah Allah atas segala sesuatu, 
tiada sekutu bagi NYa di dalam Rububiyah NYA terhadap alam semesta


DALIL- DALI NAQLI RUBUBIYAH ALLAH


Firman Allah dalam AlQur’an:
AlFatihah ayat 2
Ar Rad ayat 16
Ad Dukhan ayat 7-8
Al A’Raf ayat 23 dan 172
Al Mukminun 86- 87
As- Syu’ara 117- 118
Ibrahin ayat 35
Yusuf ayat 101 
Thaha 25- 29. dan 90
Maryam 4 
Al- Ambiya 89


Dalil- Dalil Naqli ( Akal ) Tentang Allah


Keesaan Allah dalam menciptakan sesuatu  bahwa penciptaan itu  tidak ada yang mampu melakukannya dan tidak pernah diklaim oleh seorangpun selain Allah.
Firman Allah Al A’Raf ayat 54
“Ingatlah Allah menciptakan dan memerintah hanyalah Hak Allah, Maha suci Allah Rabb semesta alam” 


Firman Allah  Tentang Dalil Aqli Allah


Al Qur’an: Surat Ash- Shaffat : 96
Surat Al An- am :1
Surat Ar-rum :27
Surat Abasa: 24- 31
Surat Thaha : 53-54
Surat Al Hijr:22
Surat Hud :6




Firman Allah  Tentang Dalil Aqli Allah


Al Qur’an: Surat Ash- Shaffat : 96
Surat Al An- am :1
Surat Ar-rum :27
Surat Abasa: 24- 31
Surat Thaha : 53-54
Surat Al Hijr:22
Surat Hud :6

No comments:

Post a Comment